October 31st, 2007 by saffaridha
Looking for your wedding photographer? Dunno how to choose
which one? Before you are going to search and continuing to make further
surveys, why not drop me a call at 016-383 0064 or enquiries trough my em@il at
saffaridha@gmail.com.
Feel free to seek my portfolio and profiles in Friendster or in my Fotopages at http://saffaridha.fotopages.com
as well as http://rambutbulat2.fotopages.com
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 28th, 2006 by saffaridha
Updates on Safa Blogs would be found at
http://jerangkungmerah.blogspot.com
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 25th, 2006 by saffaridha
treeettt… trutttt…. tut.. tut…. zzzzzrreeeenggggg…… zzzzzzzzzzzzrrrnggggg…. tuttt… tuuttt… tut…
"Alahai lembabnyer!" Kata aku.
Assalamualaikum.Apa khabar semua? Aku berada di Jengka, Pahang Sekarang. Apa yang bestnyer masa balik selepas solat raya, jalan raya boleh dikatakan lenggang. Boleh racing sorang-sorang. Tapi yang tak bestnyer, kete aku overheating! Terpaksalah bawak slow. Nampaknyer, aku kena beli kete baru- Gen-tu. Bolehla tapau Neo si Azhar.
Korang tengah buat apa skang? Di pagi raya ni, aku rasa kita mesti dijamu dengan makanan yang sama, lemang, ketupat, rendang, nasik himpit dan kuih raya. Pastu beraya di rumah jiran petang sikit pun dengan makanan yang sama. Cubala kasi resipi lain skit, bubur kacang ke, buah epal ke, aiskrim ke, nasi lemak ke, tak pun burger. Aku kempunan nasik putih bersama lauk ikan dengan kuah2.
Untuk mengingatkan semua termasuk aku, jangan lupa untuk berpuasa 6 di bulan syawal. Mengikut hadis, sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadan termasuk berpuasa 6 di bulan Syawal, dia dianggap berpuasa selama setahun. Tu belum lagi puasa gantiā¦.
Mesej untuk kawan2.
Farell- Udah2 la tu makan rendang tu, bertambah plak KG.Sitik and Rafiez- Uih!! Banyaknyer kasi duit raya kat anak buah, nak duit raya bole?Leen- Apsal ko pakai baju raya yang sama seperti baju masa dinner aritu?Along- Kampung ko mesti susah nak cari lemang.
Marz- Sian kat marz, beraya dengan org indon2 kat KL.Azhar- Ko hensem la pakai baju raya tu. Mesti lagi cun disebelah Neo.
(Email ini ditaip menggunakan dial-up 56 Kbps, pada hari raya ke-2, 8.00 pagi)
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 22nd, 2006 by saffaridha
"Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf kalu ade keterlanjuran kate.. terumpat.. termakan dan ape2 ter lah.. anyway slmt ari raye dan maaf zahir batin". 012693XXXX. Via SMS.
"Aku pun jugak… BTW saper ni?". Aku.
Lima saat pun berlalu. "Cilakak ko takde no aku..ali jamb". Ali Jamban.
"Ler ko ker? bukanker konyer no hp berubah2 setiap tahun? futsal mlm ni on?". Aku.
"Aku tak pernah tukar no sejak tahun 2000… mlm ni mcm biase..". Ali Jamban.
"Orait!" Aku.
Malam tu.
"OK jom main! Dah cukup 10 orang nih". Ijad. "Aiseh! Adik Alur. Si Hilir tak datang, nampak gaya, aku yang jadi keeper malam ni". Aku. Dalam hati.
"Ko bawak glove?". Badak.
"Tak!". Aku.
Tiba-tiba, datang 10 orang. Rakan-rakan Ijol. Seorang yang aku kenal. Zul. Anak Dato’ Satim. Aku harap Hilir datang. Hm.. Dia tak datang.
Ketika perlawanan
Aku, Badak, Farell, Senon dan Ijad satu team. Keeper. Aku. 10 bolos.
"Siapa mamat berbaju biru tu?". Aku. Dalam hati.
Esoknya, ketika shopping dengan Farell di Alamanda
"Siapa mamat berbaju biru tu?". Aku.
"Ko tak kenal ke? Dialah Amri Yahya. Ko sokong Selangor pun tak tahu sape player Selangor". Farell.
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 20th, 2006 by saffaridha
Aku baru sahaja balik dari Seri Serdang, jam menunjukkan 12.30 pagi. Sepatutnya keadaan malam ini lengang, tetapi perkara sebaliknya berlaku. Bunyi dentuman mercun belum lagi reda, seperti masih belum sampai ke kemuncak. Hujan yang turun renyai-renyai yang terkena tubuhku ketika menaiki motosikal membuatkan aku tidak selesa sekarang. Selalunya aku akan pening dan aku akan mempersalahkan cas-cas negatif dari sekeliling. Nampaknya, aku masih OK. Hendak dimarahkan bunyi bising memang tidak boleh sebab jiran tetangga sedang menyambut perayaan mereka. Tetapi yang aku tidak tahan tengok yang kaum kita pun turut serta meraikan bersama. Sudah adat berjiran, alang-alang tidak boleh tidur sebab bising lebih baik tengok saja mereka bermain mercun. Kadang-kadang timbul jugak persoalan, dimana mereka beli mercun yang aku kira mahal harganya? Sebab apabila difikirkan, mercun tersebut berbunyi kuat, berwarna-warni apabila terbakar dan mangambil masa yang lama untuk berhenti. Wah! Memang banyak wang mereka.
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 16th, 2006 by saffaridha
Filem yang memang sudah lama ingin aku tonton, akhirnya aku tengok juga semalam. Filem ini berkenaan 12 jam terakhir Nabi Isa sebelum disalib.
Cuba bayangkan jikalau kulit anda dirotan dan dipukul menggunakan alat-alat siksaan yang tajam berduri. Apabila alat tersebut melekat dikulit, kemudian ianya ditarik dengan kuat dan terkeluarlah kulit dan darah ke atas lantai. Memang penuh penyiksaan dan keperitan orang yang dianggap sebagai Nabi Isa itu. Tetapi beliau tidak kisah kesakitan yang dialami sehingga disuruh menggangkat kayu berupa huruf "t" dan kemudian disalib di atasnya semata-mata untuk menyahkan dosa-dosa seluruh umat manusia. Malahan sempat berdoa untuk mengampunkan ketua paderi yang memang membencikan beliau sejak awal lagi. Memang keluar air mata juga apabila melihat sifat si ibu penyanyang si Mariam mengingati peristiwa semasa Nabi Isa masih kecil terjatuh.
Filem seperti ini merupakan filem yang ke dua selepas filem yang pertama, The 10th Commandments mengenai Nabi Musa dikalangan golongan Yahudi. Kedua-dua plot cerita diolah dengan baik sesuai dengan jalan cerita yang dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka. Aku syorkan selepas sahaja anda menonton filem-filem ini, anda cuba selidik apakah yang sebenarnya telah berlaku dengan membandingkan cerita yang dibuat-buat dengan cerita yang sebenar-benarnya berlaku. Tak payah susah-susah nak cari buku. Wikipedia kan ada!
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 16th, 2006 by saffaridha
Semalam merupakan hari yang penuh getir bagi aku. Apa tidaknya, kereta aku overheating. Masalahnya, water pump kereta aku rosak. Sebelum itu, radiator fan dan auto fan rosak. Maka secara keseluruhannya, banyak duit dihabiskan untuk membaiki kerosakan yang dialami hingga melewatkan aku dan Farell untuk shopping raya di KL.
Mengapa hari Isnin dipilih? Kerana tidak sesak. Aku agak benci jikalau ramai orang bersesak-sesak untuk membeli belah, terutama hari cuti. Dengar kata harga parking pada hari tersebut teramat mahal RM10/entry. Aku beli baju melayu teluk belanga, T-shirt biasa dan sehelai seluar. Sedang aku membeli belah aku terjumpa Cik Salmah. Masih lagi bujang dan membina kerjaya di KL.
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 15th, 2006 by saffaridha
Berikut merupakan sepuluh perkara yang aku benci ketika solat tawarih bersama dengan jemaah.
- Sendawa- Hendak pula selepas berbuka, memang berbau makanan selepas bersendawa. Tambah pula yang aku tak tahan, sendawa setiap rakaat. Kuat pula bunyinya.
- Menguap- Almaklumlah, selepas berbuka orang mula mengantuk dan menguap. Menguap dengan buka mulut seluas-luasnya.
- Bunyi budak-budak kecoh di belakang- Memang pantang jikalau budak-budak bising, nak lagi jikalau budak-budak yang tidak suci bersama-sama berjemaah.
- Orang berpusu-pusu nak makan jamuan moreh- Macam orang tak pernah makan 10 hari.
- Solat bersebelahan dengan orang berbadan besar- Dia himpit kaki aku.
- Tak jaga sof dengan sempurna- Ini pun menjadi pantang aku, bila mana ada manusia yang tidak tahu menjaga sof dengan sempurna, kita pun sekali tak dapat pahala sof. Barisan tidak berada dalam keadaan yang lurus atau bengkang-bengkok.
- Sistem P.A yang kurang jelas- Sepatutnya menjelang tawarih, sistem P.A perlulah dalam keadaan yang baik. Bacaan imam dapat didengar dengan penuh jelas dan kita pun lebih kusyuk. Lebih-lebih lagi pada jemaah perempuan di belakang.
- Ruang diantara jemaah yang ketara (boleh isi lagi 2 orang)- Pentingkan diri sendiri. Pantang bagi aku.
- Kita pulak yang disuruh mengisi ruang hadapan, padahal ruang kosong tu betul-betul berada dihadapan dia. Ini disebabkan oleh,
- Solat di bawah air-cond/kipas hingga mengganggu jemaah di belakang untuk memenuhi ruang hadapan.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
October 15th, 2006 by saffaridha
Bahasa SMS merupakan bahasa yang ditulis secara ringkas. Memang diakui, bahasa ini menjadi bahasa tren masa kini yang diaplikasikan oleh semua golongan, terutama sekali remaja. Secara positifnya, perkataan yang pendek dapat mengurangkan ruang dan masa tetapi apabila ditambah dengan bahasa rojak dan bahasa hentam keromo, bahasa Melayu yang bertatasusila dan indah pada mulanya kemudian menjadi bahasa layu, tiada awalan "me" pada permulaan perkataan.
Atas inisiatif sendiri, aku telah pun mengurangkan penggunaan bahasa-bahasa yang aku nyatakan tadi. Memang tidak dinafikan aku bukanlah seorang pengkaji bahasa ataupun sasterawan tetapi aku lebih suka dikatakan sebagai seorang penggemar bahasa yang meneliti percakapan dan penulisan seseorang. Aku lebih suka jikalau sesuatu bahasa diolah dengan alunan gaya yang puitis dan bersemangat, seperti pakar motivasi ataupun sesorang pemimpin.
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 6th, 2006 by saffaridha
Aku baru sahaja ditemuduga sebagai pegawai sains di FSTM, UPM. Yang tak menariknya tentang interbiu tu, aku "over qualified".
Jerubu sepanjang minggu ini menyebabkan aku sakit kerongkong. Ditambah pula dengan puasa, bertambah lagi perit tekak aku.
Malam ini akan diadakan jamuan berbuka puasa/makan malam di Bangi. Tujuan utama untuk melihat gambar-gambar perkahwinan Sitik dan Rafiez. Semua kawan-kawan dijangka hadir kecuali Sue dan suami.
Posted in Uncategorized | 4 Comments »